Ana səhifə

Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi [CB4] Penciptaan Keluarga Tuhan [CB4]


Yüklə 69.01 Kb.
tarix12.05.2016
ölçüsü69.01 Kb.


Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[CB4]

Penciptaan Keluarga Tuhan [CB4]

(Edisi 2.0 20021116-20050219)


Sebelum waktu dan ruang bermula, hanya ada yang Esa. Dia tidak terwujud kerana Dia memang telah sentiasa ada. Eloah adalah namaNya dan Dia adalah roh. Dia membuat keputusan untuk memperluaskan diriNya dan mencipta suatu keluarga makhluk-makhluk seperti Dia. Karya ini mengkaji susunan serta penentuan masa penciptaan tersebut.

Christian Churches of God

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA


E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta 2002, 2005 Diane Flanagan, and Wade Cox)

(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Penciptaan Keluarga Tuhan [CB4]

Sebelum Waktu Bermula


Allah Maha Esa (Yohanes 17:3, 1Yohanes 5:20) telah sentiasa wujud. Dia seorang dan abadi. Eloah adalah namaNya di dalam Ibrani. Elaha adalah namaNya di dalam Kasdim. Maksudnya adalah singular atau satu. Dia mengetahui segala sesuatu dan Dia mampu melakukan segalanya. Namun, Dia tidak mampu mati. Dia seorang adalah makhluk abadi (1Timotius 6:16). Dia adalah Alfa dan Omega (Wahyu 1:8). Dia sentiasa bekerja. Seluruh penciptaan wujud kerana Dia. Dia adalah pusat segala sesuatu yang akan datang. Jadi, dari segi perluasan, Tuhan boleh dikatakan mencipta diriNya. (Keluaran 3:14) “Firman Allah kepada Musa: "AKU ADALAH AKU." Lagi firman-Nya: "Beginilah kaukatakan kepada orang Israel itu: AKULAH AKU telah mengutus aku kepadamu." Teks tersebut dituliskan ‘ehyeh ‘asher ‘ehyeh, Aku akan menjadi apa yang Aku akan jadi, dari Alkitab Companion.
Untuk butir lanjut mengenai Allah Bapa, sila lihat karya Siapakah Tuhan? (No. CB1).
Demi mencipta segalanya, Allah mula-mula sekali menerbitkan Roh Kudus. Roh Kudus adalah kuasa Tuhan, namun ia tidak wujud berasingan sehinggalah Tuhan mula mencipta. Oleh itu, ia adalah elemen pertama penciptaan. Anak-anak Tuhan mengikuti penciptaannya, kerana ianya penting bagi interaksi mereka dengan Bapa. Melalui Roh Kudus, seluruh ciptaan makhluk-makhluk rohani dan fizikal akan menjadi semua di dalam semua. Roh Kudus merupakan bahan yang mengikat seluruh ciptaan bersama kepada Allah Bapa. Lihat karya Apakah Roh Kudus? (No. CB3).
Tuhan dan HukumNya adalah:

Benar- Ezra 9:15, Mazmur 119:172

Sempurna- Matius 5:48; Mazmur 19:7

Kudus- Imamat 19:2; Roma 7:12

Baik- Mazmur 34:8; Roma 7:7

Kebenaran- Ulangan 32:4; Mazmur 119:142


Tuhan serta HukumNya telah sentiasa wujud. Melalui pembaptisan, penerimaan Roh Kudus, dan pemeliharaan Perintah-perintah Tuhan serta Perjamuan Suci, kita juga menjadi seperti Tuhan.

Penciptaan Rohani


Penciptaan rohani (para malaikat) merupakan bahagian pertama dari rencana Tuhan dan ia menjadi dasar bagi penciptaan fizikal (manusia). Kedua-dua ciptaan rohani dan fizikal bekerja bersama-sama untuk kemuliaan Tuhan.
Anak-anak Tuhan dipanggil elohim. Ini adalah perkataan plural, dan bermakna bahawa terdapat lebih dari seorang anak Tuhan. Tuhan telah mencipta ramai anak (Ulangan 32:8, Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7) dan Dia menjadi Tuhan sebagai Bapa sejak dari penciptaan atau penghasilan anak-anak rohani ini (Ibrani 12:9).
Alkitab tidak memberitahu kita bilangan tepat makhluk-makhluk rohani. Namun dari Wahyu 5:11 kita ketahui:

“Maka aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta, makhluk-makhluk dan tua-tua itu; jumlah mereka berlaksa-laksa dan beribu-ribu laksa,”


Tuhan mempunyai satu Rencana. Dia teratur dari segi bagaimana untuk menyempurnakan RencanaNya. Allah adalah kasih (1Yohanes 4:8). Kasih Tuhan yang sempurna melibatkan semuanya dan Dia mengkongsikan segalanya dengan anak-anak rohani dan fizikalNya.
Anak-anak rohani Tuhan tidak memahami segala apa yang Tuhan lakukan. Itulah sebabnya kenapa Wahyu 1:1 menyatakan

“Inilah wahyu Yesus Kristus (untuk Yohanes), yang dikaruniakan Allah kepada-Nya, supaya ditunjukkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya apa yang harus segera terjadi.”


Makhluk-makhluk rohani perlu menunjukkan kesabaran dan menunggu sehinggalah Rahsia-rahsia Tuhan dinyatakan kepada manusia agar mereka juga dapat memahami sepenuhnya Rencana Tuhan. Alkitab memberitahu kita “yaitu hal-hal yang ingin diketahui oleh malaikat-malaikat.” (1Petrus 1:12).
Yesus Kristus adalah Anak Tuhan yang sulung

Yesus Kristus merupakan seorang dari Anak-anak Tuhan rohani yang dicipta (atau dihasilkan). Dia adalah permulaan (iaitu pemerintah atau pertama dalam pangkat) dari penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14), dan anak Tuhan fizikal yang sulung atau pertama dilahirkan (Kolose 1:15). Kristus telah membangunkan segala pentadbiran makhluk-makhluk rohani (Kolose 1:16), namun Allah Bapa yang melakukan penciptaan itu.


Mesias adalah anak Domba yang telah disembelih sejak dunia dijadikan (Wahyu 13:8). Kristus taat sepenuhnya kepada Rencana Bapa dan menggenapi segala aspek Rencana itu. Melalui kematiannya Yesus Kristus menggenapi bahagiannya dalam menebus manusia dan bani Syurgawi kepada Bapa. Dia diurapi melebihi teman-teman sekutunya, atau rakan-rakan makhluk rohaninya (Mazmur 45:7; Ibrani 1:9). Pelajarilah lebih banyak tentang Yesus Kristus dari karya Siapakah Yesus? (No. CB2).
Mari kita melihat beberapa aspek ciptaan rohani Tuhan.

Takhta Tuhan


Wahyu bab 4 dan 5 memberikan kita idea bagaimana rupanya takhta Tuhan. Di sini kita melihat Tuhan sedang duduk di atas takhtaNya di syurga dengan pelangi di sekeliling takhta itu (Wahyu 4:3). Kita juga melihat 24 takhta lain dengan 24 tua-tua yang duduk di atas takhta-takhta itu, yang berpakaian putih dengan mahkota-mahkota pada kepala mereka (Wahyu 4:4). Terdapat 7 obor menyala-nyala di hadapan takhta itu. Ini adalah 7 roh Tuhan (Wahyu 4:5).
Di hadapan takhta itu adalah suatu lautan kaca seperti kristal dan pada tengahnya, di sekeliling takhta, terdapat 4 makhluk yang hidup (Wahyu 4:6). Yesus Kristus duduk pada sebelah kanan Bapa (Markus 16:19; Lukas 22:69; Kisah 7:55; Roma 8:34). Di dalam Mazmur 82, ayat-ayat 1 dan 6 juga mengatakan tentang Tuhan di dalam sidang jemaatNya dan menggambarkan bagaimana Dia mengadili. Rujukan-rujukan lain mengenai sidang Tuhan dijumpai di dalam Mazmur 86:8; 95:3; 96:4,5; 97:7, 9; 135:5; 136:2; 138:1. Kita pelajari bahawa takhta Tuhan terletak pada sebelah utara dari Yesaya 14:13. 2 Korintus 12:2 memberitahu kita ia terletak di dalam peringkat ketiga syurga.

Tujuh Roh di hadapan Takhta Tuhan


Wahyu 1:4 memberitahu kita terdapat 7 roh di hadapan takhta Tuhan. Wahyu 4:5 mengatakan bahawa terdapat 7 obor menyala-nyala di hadapan takhta Tuhan iaitu 7 Roh itu.
Zakharia 4:3 menggambarkan 2 pohon zaitun pada sebelah tepi kaki dian atau kandil emas dengan 7 pelita dari mana Roh Kudus tersalur kepada 7 Jemaat. Wahyu 1:20 menunjukkan bahawa 7 kaki dian itu adalah 7 Jemaat sementara 2 pohon zaitun itu adalah 2 orang saksi (Zakharia 4:11-14).

4 Makhluk Hidup


Yehezkiel 1:5-28 memberikan kita maklumat lanjut mengenai takhta Tuhan. Yehezkiel 1:10 menggambarkan Makhluk-makhluk Hidup tersebut:

“Keempatnya mempunyai muka manusia di depan, muka singa di sebelah kanan, muka lembu di sebelah kiri, dan muka rajawali di belakang.”


Wahyu 4:7-8 juga menggambarkan makhluk-makhluk Hidup itu.
Setiap satu daripada 4 Makhluk Hidup itu bertanggungjawab untuk suatu kuadran atau kawasan tanggungan tertentu dalam ciptaan Tuhan. Allah Bapa berada betul-betul di tengah-tengah sementara susunan makhluk-makhluk hidup itu adalah seperti berikut:


  • Di sebelah timur adalah singa.

  • Di sebelah selatan adalah manusia.

  • Di sebelah barat adalah lembu.

  • Di sebelah utara adalah rajawali.



24 Tua-tua


Wahyu 4:4 memberitahu kita terdapat 24 tua-tua yang berpakaian putih dengan mahkota-mahkota emas pada kepala mereka, yang duduk di atas 24 takhta di sekeliling takhta Tuhan. Kita ketahui bahawa para tua-tua itu menyembah di hadapan takhta Tuhan dari Wahyu 5:14 dan 19:4. Mereka juga memerhatikan doa-doa orang-orang kudus (Wahyu 5:8). Terdapat 6 tua-tua yang ditugaskan bagi setiap satu dari 4 kuadran atau kawasan itu (6x4 = 24)..

Perjalanan fungsi roda-roda dalam dan luar


24 tua-tua yang mengelilingi Takhta Tuhan membentuk satu sidang. Susunannya selepas Mesias diurapi melebihi teman-teman sekutunya dan telah diterima sebagai persembahan Unjukan Berkas adalah seperti berikut:

Jumlahnya di sini adalah 30 iaitu bilangan makhluk-makhluk yang membentuk sidang dalaman Allah Maha Tinggi. Di dalam Kitab Suci kita dapat temui pelbagai rujukan kepada bilangan 30.


Terdapat juga 6 Tua-tua untuk setiap satu Makhluk Hidup itu untuk menolong mengajar serta menetapkan jalan Tuhan kepada makhluk-makhluk rohani dan fizikal di bawah mereka.
Sidang luaran termasuk 40 Tua-tua yang lain untuk jumlahnya 70 semua sekali. Setiap kumpulan 10 tua-tua dari sidang luaran itu akan menolong salah satu dari Makhluk-makhluk Hidup serta 6 Tua-tua dalaman itu di dalam pentadbiran Hukum Tuhan di dalam kuadran atau kawasan tersebut.
Terdapat banyak rujukan kepada bilangan 70 di dalam Kitab Suci. Menurut sejarah, Musa telah mentahbiskan 70 orang (Bilangan 11:24-26). Malah kumpulan Sanhedrin sekalipun (atau Sidang Tua-tua), iaitu sidang pemerintah Israel, adalah berdasar pada bilangan 70 ini (bandingkan juga Keluaran 24:1, 9; dan Lukas 10:1, 17).
Ini merupakan rekabentuk asal Sidang pemerintah Tuhan. Dari Kitab Suci kita perhatikan bagaimana Tuhan sedang memperluaskan sidangNya; kita akan membincangkan hal ini dengan lebih terperinci nanti. Tuhan juga akan menugaskan makhluk-makhluk baru kepada posisi-posisi asal yang wujud yang telah dikosongkan kerana pemberontakan bani surgawi.

Penciptaan langit dan bumi


Setelah Eloah mencipta bala surgawi Dia telah mencipta dunia fizikal.
Pada mulanya Allah mencipta langit dan bumi (Kejadian 1:1).
Ayub 38:4-7 menceritakan tentang kebesaran kuasa serta pemikiran Tuhan. Ayub 38:7 menyatakan apabila bintang-bintang fajar bersorak-sorak bersama, kesemua anak-anak Tuhan bersorak-sorai.
Bintang-bintang fajar, kerub-kerub, serafim-serafim, semuanya adalah jawatan dan gelaran berlainan untuk anak-anak Tuhan. Dengan penciptaan dunia, Lucifer, yang bermakna pembawa terang, serta anak-anak Tuhan yang lain, telah ditugaskan kepada planet ini untuk menjaganya serta penduduk yang akan diletakkan di atasnya.
Bumi sangat tua. Pada suatu masa tertentu, dinosaur serta makhluk-makhluk lain hidup di atas planet ini. Nampaknya bertahun-tahun dahulu, suatu asteroid raksasa telah melanggar bumi dan menghapuskan dinosaur serta haiwan-haiwan pra-sejarah.

Lucifer dan Pemberontakan itu


Lucifer (Pembawa Terang) telah diciptakan sempurna dan bertugas sebagai kerub yang menutupi (menjaga) pada takhta Tuhan (Yehezkiel 28:12-15). Dia ada pada posisi selatan/manusia dan diberikan jumlah tanggungjawab yang sangat besar ke atas ciptaan rohani Tuhan dan kemudiannya ciptaan fizikal. Dia memegang pangkat Bintang Fajar planet ini (Yehezkiel 28:12). Lucifer adalah sempurna sehinggalah kejahatan ditemui di dalam dia (Yehezkiel 28:15).
Lucifer cuba memimpin suatu pemberontakan untuk menggantikan Allah Bapa. Yesaya 14:13,14 menyatakan “Aku … hendak menyamai Yang Mahatinggi!” Lucifer dan sepertiga dari bani surgawi memberontak melawan Tuhan (Wahyu 12:4). Ada sumber-sumber sekular yang mengatakan bahawa sebenarnya separuh daripada sidang dalaman itu telah memilih untuk memberontak melawan Allah Bapa. Apabila Lucifer memilih untuk derhaka, namanya telah ditukarkan kepada Iblis (Syaitan), yang bermaksud lawan atau pendakwa saudara (1Petrus 5:8; Wahyu 12:10; Zakharia 3:1). (Seorang lawan atau musuh adalah seorang yang sentiasa cuba menyakitkan kita). Peranan Iblis sebagai kerub yang menutupi di takhta Tuhan telah dikosongkan selepas pemberontakan ini.
Yehezkiel 41:18-19 menggambarkan satu titik waktu pada masa depan apabila “kedudukan-kedudukan kosong” dalam Sidang-sidang Dalaman dan Luaran Tuhan akan dipenuhkan oleh bekas makhluk-makhluk fizikal. Orang-orang ini telah mati secara fizikal dan akan dibangkitkan atau diubah menjadi makhluk-makhluk rohani pada Kedatangan Kristus yang Kedua kali. Ketika mereka manusia, mereka telah menurut Hukum Tuhan dan telah menunjukkan kemampuan mereka untuk melakukan tugas yang diberikan kepada mereka. Malah ada yang memilih untuk mati daripada ingkar atau menyangkal Allah yang Maha Esa.
Sebaik saja Iblis dan bani derhaka itu memberontak, semuanya berubah selamanya. Anak-anak Tuhan semuanya diciptakan sempurna, namun mereka semua mempunyai kebebasan memilih sama seperti manusia.
Sungguhpun bumi dicipta sempurna, ia menjadi tidak berbentuk dan kosong (Kejadian 1:2). Dianggap bahawa perkara ini terjadi sebaik saja Lucifer memberontak. Dia dan bani derhaka itu telah dibuang kembali ke bumi dan ia menjadi tidak berbentuk dan kosong, atau tohu dan bohu, yang bermakna kacau-bilau dan kosong.

Penciptaan dahulu


Terdapat makhluk-makhluk berupa manusia yang telah hidup atas bumi pada satu masa yang lama dahulu, dan mereka disebutkan sebagai humanoid. Mereka mempunyai kesamaan-kesamaan terbatas dengan manusia moden. Mereka berjalan atas 2 kaki, namun mereka berfikir dan berkelakuan berbeza dari manusia moden. Mereka adalah ciptaan bani derhaka itu. Allah Bapa tidak pernah merancang untuk mereka berada atas bumi.
Ingat, para malaikat tidak mengetahui seluruh rencana Tuhan dan ini merupakan salah satu dari banyak percubaan Iblis untuk mengambil alih rencana Tuhan. Allah Maha Esa tidak pernah membenarkan penciptaan makhluk-makhluk ini; jadi mereka tidak boleh mendapatkan Roh Kudus Tuhan. Alkitab memberitahu kita bahawa ciptaan ini tidak akan ada dalam kebangkitan itu (Yesaya 26:13-14).
Lucifer tidak menunjukkan kesabaran dan iman. Sebaliknya dia memulakan peperangan di syurga dan memberontak melawan Allah dan HukumNya. Namun begitu, Iblis masih lagi berkuasa ke atas dunia hari ini; dia adalah penguasa kerajaan angkasa (Efesus 2:2).
Pembentukan semula planet serta penciptaan manusia moden

Tuhan bekerja menurut rangka waktuNya. Tuhan telah membenarkan kira-kira 6,000 tahun di bawah sistem masakini di bawah pemerintahan Iblis sejak Adam diciptakan. Kita sudah hampir kepada hujung masa 6,000 tahun itu sekarang. Waktu Iblis dipendekkan dan pemerintahan seribu tahun hari ketujuh akan dibawa masuk oleh Yesus Kristus iaitu Mesias, Bintang Fajar yang baru bagi planet ini. Teks-teks purba memanggil ini sebagai zaman pemerintahan adil.


Jadi pada titik masa tertentu dunia ini menjadi kosong, dan tidak menentu seperti yang disebutkan di atas berkenaan pemberontakan bani surgawi itu. Mesias telah membentuk semula bumi kepada suatu tempat yang sempurna bagi manusia, binatang dan planet jika kita hidup menurut semua hukum Tuhan.
Sama seperti terdapatnya suatu aturan di sekeliling takhta Tuhan, begitu juga terdapat aturan di dalam segala sesuatu. Setiap hari sewaktu penciptaan, Mesias menyediakan perkara-perkara yang menyokong lebih banyak jenis hidupan.
Oleh kerana Tuhan mengetahui segala sesuatu dari mulanya, Dia tahu bahawa ada antara bani Rohani itu yang akan memberontak. Oleh itu, Allah Benar yang Tunggal di dalam kasih dan kebijaksanaanNya yang tidak kunjung habis, telah mencipta dua sistem: rohani dan fizikal. Setiap jenis makhluk ini bebas untuk membuat pilihan. Setiap jenis makhluk mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab tertentu. Anak-anak rohani Tuhan dipertanggungjawabkan untuk menolong menjaga manusia serta planet tersebut. Kita sebagai manusia pula sepatutnya menyembah Allah Maha Esa, menjaga keluarga-keluarga kita, planet ini, serta menolong semua orang untuk mengenali Allah yang Maha Esa. Kedua-dua sistem rohani dan fizikal ini dicuba dan diuji dalam tugas-tugas mereka masing-masing.

Rencana Tuhan


Kerana kebijaksanaanNya, dan kerana kasihNya untuk semua ciptaanNya, Dia telah mengasaskan satu Rencana untuk mendamaikan manusia dan bani surgawi kembali kepada Dia. Oleh kerana Tuhan adalah Allah yang Maha Esa, Dia boleh menentukan korban apakah yang boleh diterima. Sewaktu zaman Perjanjian Lama, orang-orang yang menyembah Allah Maha Esa telah mengorbankan lembu, kambing serta domba untuk melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah sistem korban tersebut. Bagaimanapun, kesemua korban-korban ini digenapi sepenuhnya oleh Mesias, dengan kematiannya pada kayu itu.
Kita tidak lagi diperlukan mengorbankan binatang, namun kita diwajibkan berdoa, berpuasa dan berhimpun untuk menyembah Allah yang Maha Esa pada waktu-waktu yang ditentukan. Sebagai contoh, ini adalah pada Sabat-sabat mingguan, hari-hari Bulan Baru, Hari-hari Kudus dan Hari-hari Raya.
Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. (Yohanes 3:16)
Yesus Kristus merupakan korban yang sempurna dan lengkap sekali. Kristus menunjukkan iman dengan melepaskan kewujudan rohaninya dan menjadi seorang manusia. Dia bergantung sepenuhnya kepada kehendak serta kuasa Tuhannya untuk hidupnya dan kebangkitannya kepada kehidupan kekal. Dia taat sepenuhnya kepada Tuhannya.
Ketika Yang Maha Tinggi membahagikan waris pusaka kepada bangsa-bangsa, apabila Dia memisahkan anak-anak Adam, Dia telah menetapkan wilayah-wilayah bangsa-bangsa itu menurut bilangan anak-anak Tuhan (Ulangan 32:8 RSV).
Teks ini bermaksud pada ketika Allah Maha Esa telah memberikan tugas kepada 70 anak-anak Tuhan. Yesus Kristus, iaitu Mesias, bertanggungjawab untuk menjaga bangsa Israel. Israel sepatutnya belajar bagaimana untuk menyerahkan hidup mereka demi seorang yang lain. Mereka seharusnya mengikuti teladan perbuatan Mesias yang tidak mementingkan diri. Melalui kematiannya, Mesias telah menebus bani surgawi dan manusia kepada Allah Benar yang Tunggal.
Mesias telah menjadi korban sempurna yang menebus dosa-dosa kita serta mendamaikan kita kepada Bapa. Dia adalah yang pertama daripada 144,000 korban itu yang dipersembahkan kepada Tuhan.
Apabila kita dipanggil, bertaubat dan dibaptiskan, kita menerima Roh Kudus. Kita kemudiannya dapat menghampiri dengan berani ke hadapan takhta Tuhan. Kita harus cuba untuk menurut hukum Tuhan seluruh hidup kita. Apabila kita melakukan kesilapan dan berdosa, kita bertaubat dan meminta pengampunan Tuhan dan Dia mengampuni kita (lihat karya Apakah Roh Kudus? (No. CB3).

Kebangkitan Pertama dan Milenium


Apakah Mesias kembali, orang-orang kudus yang telah mati akan dibangkitkan dahulu sebagai makhluk-makhluk roh (1 Tesalonika 4:16-17). Orang-orang kudus yang masih hidup pada Kedatangan Kedua Kristus akan bertemu dengannya di udara dan diubah serta-merta (dalam sekelip mata) dari fizikal kepada roh (1 Korintus 15:51-52). Orang-orang kudus Tuhan adalah mereka yang telah memelihara Perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian Yesus Kristus (Wahyu 12:17).
Jemaat, iaitu pengantin perempuan Kristus, akan dikahwinkan kepada Yesus Kristus iaitu Mesias pada masa itu. Mereka yang dari Kebangkitan Pertama akan menjadi makhluk-makhluk roh dan memerintah dengan Kristus di atas bumi selama 1,000 tahun atau Milenium.

Apakah yang akan terjadi kepada Iblis?


Pada hujung 6,000 tahun yang diperuntukkan kepada Iblis, dia akan ditahan daripada mempengaruhi manusia. Sewaktu Milenium itu, ramai orang akan belajar untuk hidup menurut Hukum-hukum Tuhan. Mereka akan menjalani kehidupan yang indah dan gembira dan begitu juga dengan anak-anak mereka. Pada hujung 1,000 tahun Milenium itu, Iblis akan sekali lagi dibebaskan untuk satu masa yang pendek. Sungguhpun orang-orang telah hidup gembira untuk masa yang lama, ada orang yang akan masih menderhaka di bawah pengaruh Iblis pada waktu ini.
Ini adalah pemberontakan terakhir. Pada masa ini Iblis dan bani surgawi derhaka itu akan disingkirkan sebagai makhluk-makhluk rohani dan akan dijadikan manusia (Yesaya 14:15-17).
Orang ramai akan mengatakan

“Inikah dia yang telah membuat bumi gemetar, dan yang telah membuat kerajaan-kerajaan bergoncang.” (Yesaya 14:16).


Tuhan tidak ingin sesiapapun dari penciptaanNya untuk gagal. Oleh itu, bani derhaka itu akan diberikan peluang kedua (kini sebagai manusia) untuk bertaubat dan melayakkan diri untuk Kerajaan Tuhan. Mereka tidak akan berpeluang lagi untuk menduduki posisi tanggungjawab seperti yang mereka ada sebelum mereka memberontak. Namun lebih baik untuk berada di dalam kerajaan Tuhan dalam apa cara sekalipun daripada tidak mempunyai laluan kepada Roh Kudus Tuhan.
Kebangkitan Kedua/Pengadilan Takhta Putih Besar

Sesudah pemberontakan terakhir itu serta 7,000 tahun digenapi, Pengadilan Takhta Putih Besar bermula. Pada masa ini bumi akan ada pelbagai anak-anak Tuhan yang merupakan anak-anak rohani Tuhan yang taat. Makhluk-makhluk rohani ini telah mendapat ganjaran mahkota-mahkota mereka sebagai manusia. Kini mereka telahpun hidup menurut jalan Tuhan untuk suatu masa yang lama.


Sebarang manusia yang tidak layak bagi kebangkitan pertama itu akan diberikan peluang untuk hidup menurut jalan hidup Tuhan. Semuanya akan dihidupkan semula pada umur 20 tahun. Ini adalah kebangkitan kedua. Seseorang itu menjadi dewasa pada umur 20. Setiap orang akan mempunyai 200 tahun, 2 jubli dengan 50 tahun masing-masingnya, untuk layak menjadi seorang Anak Tuhan yang rohani. Besar kemungkinan semua manusia serta bani derhaka itu akan melayakkan diri mereka untuk menjadi anak-anak rohani Tuhan. Tuhan memberitahu kita begitu di dalam 1Korintus 15:28.
Oleh kerana Tuhan tidak ingin mempersia-siakan apa-apa, besar kemungkinan selepas sikap dan fikiran negatif dibuangkan daripada planet ini, orang-orang akan menyedari faedahnya hidup di bawah pemerintahan adil. Dengan karunia Roh Kudus Tuhan, mereka daripada kebangkitan kedua itu akan layak menjadi anak-anak rohani Tuhan juga.
Planet ini akan menjadi amat berbeza pada hujung tempoh 100 tahun itu.

Diserahkan kepada Bapa


Hujungnya akan tiba apabila Kristus menyerahkan Kerajaan itu kepada Allah Bapa sesudah dia menghancurkan segala pemerintah, kekuasaan dan penguasa. Kristus harus memerintah sehingga dia meletakkan kesemua musuhnya di bawah kakinya. Musuh terakhir yang dihapuskan adalah kematian. Bagaimanapun, ianya jelas bahawa ini tidak termasuk Allah Sendiri. Sesudah melakukan ini, si Anak sendirinya akan tertunduk kepada Allah Bapa yang telah meletakkan segalanya di bawah dia, agar Tuhan menjadi semua dalam semua (1Korintus 15:20-28).
Kemudiannya, Allah yang Maha Esa akan memindahkan TakhtaNya ke bumi (Wahyu 21:10 dan seterusnya).
Kitab Suci tidak memberitahu kita dengan jelas apakah yang akan terjadi selepas masa itu. Namun apa yang sentiasa jelas adalah bahawa Allah Maha Esa yang kita kasihi, yang kita sembah dan turuti, telah mendirikan suatu rencana yang indah di mana makhluk-makhluk rohani dan fizikalNya dapat layak untuk menjadi anak-anak rohani Tuhan.
Terdapat banyak tanggungjawab yang mengiringi Rencana Tuhan ini, namun ganjaran dan berkat-berkatnya adalah banyak sekali.
Sekarang mari kita perhatikan bagaimana Tuhan meluaskan diriNya.

Perluasan roda dalaman dan luaran Tuhan


Apabila Mesias kembali, kita akan melihat perjamuan perkahwinan itu berlaku (Wahyu 19:7-10). Besar kemungkinan mereka yang telah layak akan diletakkan di dalam sidang pemerintahan Tuhan di dalam posisi yang mereka telah layak. Sebagai contoh, nampaknya Musa dan Elia akan bertugas di dalam peranan penggantian 2 makhluk hidup itu yang telah meninggalkan kedudukan mereka apabila mereka memberontak.
Kita juga melihat 12 rasul itu ditugaskan kepada posisi di dalam sidang. 12 rasul itu akan bertanggungjawab mengadili salah satu daripada 12 suku Israel (Matius 19:28; Wahyu 21:15-16). 12 rasul itu adalah seperti berikut:

  • Petrus

  • Andreas saudaranya

  • Yakobus anak Zebedeus

  • Yohanes saudaranya

  • Filipus

  • Bartolomeus

  • Tomas

  • Matius pemungut cukai

  • Yakobus anak Alfeus

  • Tadeus

  • Simon orang Zelot

  • Yudas Iskariot yang digantikan dengan Matias (Matius. 10:2-4; Kisah 1:26)

Kita juga boleh andaikan bahawa 12 hakim itu akan menjadi sebahagian daripada sidang pemerintah. 12 hakim itu adalah:



  • Otniel, anak Kenas saudara Kaleb

  • Ehud orang Benyamin

  • Debora seorang nabiah dan isteri kepada Lapidot orang Efraim

  • Gideon orang Manasye

  • Tola, anak Pua dari Isakhar (Hakim 10:1-2)

  • Yair dari Gilead (Hakim 10:3-5)

  • Yefta orang Gilead, anak kepada seorang perempuan sundal (Hakim 11:1 dan 12:7)

  • Ebzan dari Betlehem (Hakim 12:8-10)

  • Elon dari Zebulon (Hakim 12:11)

  • Abdon, anak Hillel orang Piraton dari Efraim.

  • Samson, orang Dan dan anak Manoah (Hakim 13:24-16:30).

  • Eli iaitu imam besar ketika tabut perjanjian itu berada di Silo (1 Samuel 1:3, 9).

“Susunan Perbarisan” asal dua belas suku Israel dilihat dalam Bilangan 2:3-31. Untuk melihat susunan asal perbarisan itu serta perubahan-perubahan yang dibuat, lihat Yehezkiel bab 48. Bermula dari sebelah timur, aturannya adalah:



  • Yehuda

  • Isakhar

  • Zebulon

  • Ruben

  • Simeon

  • Gad

  • Benyamin

  • Manasye

  • Efraim

  • Naftali

  • Asyer

  • Dan

Kita lihat bagaimana pada bait masa depan di dalam Yehezkiel, susunannya diubah kepada:



  • Yusuf

  • Benyamin

  • Dan

  • Simeon

  • Isakhar

  • Zebulon

  • Gad

  • Asyer

  • Naftali

  • Ruben

  • Yehuda

  • Lewi

Setiap suku akan diperuntukkan seorang rasul dan akan terdapat 3 suku bagi setiap kuadran. Keturunan Abraham bukan hanya 12 suku-suku ini.


Anak pertama Abraham adalah dengan Hagar isterinya iaitu hamba perempuan kepada Sarai/Sara (Kejadian 16:1). Namanya adalah Ismael. Ibunya mengambilkan seorang isteri baginya dari Mesir (Kejadian 21:21). Ismael disebutkan di dalam Kejadian 16:11,15; 21:20; 39:1; Hakim 8:24. Perjanjian kekal yang dibuat Tuhan dengan Abraham dan ditubuhkan melalui Ishak disebutkan di dalam Kejadian 17:20. Anak-anak Ismael memiliki suatu berkat di luar daripada janji-janji melalui Ishak, Israel dan Yusuf itu (Kejadian 17:19-21). 12 anak-anak Ismael tersebut adalah menurut susunan kelahiran mereka (Kejadian 25:13 dan seterusnya):

  • Nebayot

  • Kedar

  • Adbeel

  • Mibsam

  • Misyma

  • Duma

  • Masa

  • Hadad

  • Tema

  • Yetur

  • Nafish

  • Kedma

Ini akan memberikan sidang peringkat kedua 24 suku itu yang ditambahkan kepada struktur sedia ada Tuhan yang terdiri daripada 24 tua-tua. Sambil masa berlalu kita melihat Tuhan dengan konsisten menggunakan bilangan-bilangan serta corak-corak tertentu dan memperluaskan sistemNya.


Kita juga melihat anak-anak Ketura bagi Abraham setelah kematian Sara. Anak-anak Ketura adalah seperti berikut: (Kejadian 25:1).

  • Zimran

  • Yoksan

  • Medan

  • Midian

  • Isybak

  • Suah

Ianya sesuatu yang menarik untuk mendapati bahawa Abraham mempunyai 12 suku Israel, 12 suku Ismael + 6 yang akan memberikan jumlah sidang penuh sebanyak 30.



q




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©anasahife.org 2016
rəhbərliyinə müraciət